• Mmmbeeeekkkk!!

    Mmmbeeeekk! Watch out everyone! A new sheep in town! Anda pernah dengar tak kisah seekor biri-biri yang menjadi 'lamb steak' yang sedap?...

  • Mereka berkongsi kisah mereka dengan lipas

    Pernah x makan lipas goreng? Kalau anda nak tau lipas ni antara makanan exotic yg famous tau kt dunia ni. Sape2 yg pernah pegi...

  • Gambar random untuk hiburan anda! Siri 1

    MEMPERSEMBAHKAN.....10 gambar random dari Internet untuk buang masa anda...

Monday, December 19, 2016

Awas! Bahaya Makan Biskut Berasap @ Dragon Breath Cookies




Dragon Breath Cookie @ Biskut Berasap: Menyeronokkan Tapi Anda Mempertaruh Nyawa Anda Apabila Dimakan







Sekarang sibuk viral di media2 sosial kat Malaysia berkenaan biskut berasap atau lebih dikenali dengan “Dragon Breath Cookies”. Biskut2 ini korang biasanya boleh dibeli di kebanyakkan uptown atau pasar2 malam dengan harga RM10 ke atas untuk 1 bekas. Tapi korang tau tak betapa bahayanya makan biskut ni? Ikuti pendedahan dari BiruBiri.


Mengandungi Cecair Nitrogen

Tau x mende nitrogen cair? Biasanya cecair nitrogen ni digunakan untuk membuat ais krim berasap ataupun projek2 sains sekolah (kalau korang biasa tgk crite budak2 time cuti sekolah dari Walt Disney korang mungkin perasan). Banyak lagi kegunaannya secara umum. Kebiasaaanya kalau kat ais krim berasap, cecair nitrogen tu akan menguap dan hilang lantas bila korang makan ais krim itu sudah selamat.

Berbalik pada kisah Dragon Breath Cookies plak, risiko bila dimakan ialah cecair nitrogen yang terdapat dalam biskut tu, lepas tu dimasukkan plak dalam mulut korang berpotensi menyebabkan korang mengalami frosbite kerana cecair nitrogen ni agak sensitif dengan perubahan suhu bilik. Bahkan ianya boleh membawa kecederaan serius atau kematian tau. Air nitrogen yang ada kat dalam bekas biskut berasap tu bila diminum & masuk ke dalam saluran usus perut boleh berisiko mengoyakkan kulit usus dan juga tekak!

Berikut antara berita berkaitan dengan biskut berasap (sila klik gambar untuk baca):


Sumber: Berita Harian



Komen BiruBiri: Agak2 la kalau korang nak follow trends pun. Pikir dlu risikonya & ambil tahu sedikit sebanyak sebelum suka2 je nk follow.




Gaya Rambut Lelaki Sepanjang Tempoh 100 Tahun Yang Lalu

Sepanjang 100 tahun yang lalu kita melihat sebegitu banyak perubahan dari sudut dunia fesyen dan trend. Evolusi manusia dari segi cara pemakaian memberikan begitu banyak variasi untuk koleksi sejarah anak-anak muda akan datang. Kali ini aku nak share gaya-gaya rambut lelaki yang berubah sepanjang se-abad yang lepas. Kalau korang sempat tengok gambar-gambar kenangan datuk atau nenek korang dulu mesti sangat2 berbeza kan dengan zaman sekarang?

Actually terdapat banyak gaya rambut yang wujud pada zaman dahulu tapi post kali ini memberi fokus kepada gaya rambut yang paling famous yang biasa anda lihat dalam majalah atau tv atau dalam movies untuk tempoh tahun2 tersebut..


Tahun 1910-an berkisarkan gaya rambut yang disikat rapi di sudut tepi beserta misai yang sederhana tebal

1910s


Gaya rambut pada 1920-an pula masih mengekalkan gaya rambut yang disikat rapi tetapi dengan belahan sekata di tengah2. Misai pula dicukur sepenuhnya menghasilkan menampilan muka yang bersih

1920s


Gaya rambut 1930-an pula memaparkan rambut yang agak tebal dan sedikit berallun dari tahun sebelumnya tetapi disikat pada bahagian tepi. Trend bermisai kembali dengan sedikit nipis berbanding tahun 1910-an. Gaya ini dipopularkan oleh pelakon Hollywood pada waktu itu bernama Clark Gable.

1930s


Zaman 1940-an menunjukkan potongan rambut pendek tetapi agak tebal dan menonjol pada bahagian depan (dikenali sebagai bouffant). 

1940s


Siapa tak kenal Elvis Presley? Pengaruh besar Elvis pada zaman kegemilangannya menjadikan trend rambut yang tebal dan disikat kebelakang menjadi fenomena dunia


1950s


Selepas berlalunya kegemilangan Elvis Presley, muncul pula gaya rambut kumpulan muzik The Beatles. Gaya rambut seakan-akan mop lantai memerlukan rambut anda dibiarkan panjang dan dibiarkan agak kusut tanpa penggunaan produk rambut yang keterlaluan.

1960s


Tahun 1970-an pula merupakan gaya rambut yang berevolusi dari tahun 1960-an. Trend rambut pada waktu ini ialah rambut dibiarkan lebih panjang dan facial hair dibiarkan tumbuh; jambang dan misai membawa gaya cool seorang hippie. 

1970s


Anda ingat tak movie lakonan Leonardo DiCaprio iaitu :Wolf of Wall Street"? Yezza! Rambut yang panjang disikat rapi kebelakang tanpa apa2 facial hair cukup mantap dikaca mata wanita. Ade gaya2 kasanova tau!

1980s


Okay! Zaman muzik grunge pula! Kalau anda minat Kurt Cobain dari kumpulan Nirvana, korang mesti tau kan gaya rambut dia? Rambut panjamg sedikit kusut dengan facial hair yang tidak terlalu tebal, Ada seakan-akan gaya 1970-an kan?

1990s


Zaman 2000-an membawa gaya rambut yang moden yang dimana gaya rambut fauxhawk menjadi kegilaan remaja mahupun dewasa. Aku pun masih stick dengan gaya ni smpai sekarang jgk sbb nampak smart & cool. Haha!

2000s


Gaya rambut 2010-an pulak agak hipster. Bela rambut panjang2 dengan misai jambang bagai pastu rambut tu diikat bersannggul. 

2010s






Komen BiruBiri: Apa agaknya gaya rambut yang akan memberi pengaruh dalam dunia fesyen 20 tahun akan datang ek? 






Friday, December 16, 2016

18 Gambar Random Untuk Santapan Hari Anda - Siri 2


Siri ke-2 gambar random yang diperoleh dari Internet dan anda semestinya tahu kan bahawa dunia Internet memberikan anda segala-galanya! Semoga terhibur bitches 💀



Skill photoshop yang kreatif. Nampak macam burung kakak tua tu macam marah atau in a bad mood 😁


Seni ukiran pada pokok labu (pumpkin in English). Adakah ianya seekor raksasa atau cuma seorang lelaki yang confuse?


Seekor burung helang seolah-olah terkejut. Mungkin dia x sangka photographer tu ambik gmbr dia tanpa kebenaran? LOL


En. Hitler yang awesome ni nampak gayanya sedang enjoy mendengar lagu guna headphone. Tak sangka zaman dulu2 dah ade ye headphone


Seorang tua menjilat sebuah tengkorok. Mungkin kekasihnya yang telah mati? Boleh jadi skandal dia masa perang saudara di kampung nye kot


Sesi fotografi menunjukkan seorang@seekor manusia berkepala kambing. This is so weird


Rumah terbalik. Obviously ini hanyalah rumah replika yang dijadikan sebagai tarikan. Takkan la ade orang betul2 duduk kat dalam tu


Okay ni amende? Serius buruk gila haha. 


Naik bot yang biasa2 je? No thanks! Saya ade bot hotdog! Orang ni hebat betul ade bot yang unik ni



Saya lapar ni! Nah ambik makan peluru. X pasti sama ada itu bulan atau sekeping biskut yang di photoshop

Okay yang ni aku x reti nak komen. This is so fucked up


Ilusi optik yang agak pelik. Mata nampak macam perempuan. Bibir pun macam bibir perempuan. Tangan macam tangan laki?


Pemuda emo. Ni geng2 budak sekolah  yang dulu tergila-gila kat emo trend mesti teruja ni tengok gambar ni


Kucing ni x pasti excited dapat mandi ataupun tgh high hisap dadah. 


Eww...nampak menjijikkan. Tapi cute jgk ni. haha


Lupakan selipar brand Fipper atau Adidas atau Nike. Selipar jenama ikan lagi cool bro


Pernah nampak tupai lawan pedang? Ilustrasi yang menarik yang penuh dengan imaginasi pelukis


????? Oprah as a sea monster? I don't know


Penjara Paling Padat di Dunia



Penjara terpadat di dunia – banduan dipaksa berkongsi tidur dalam sel penjara melebihi dari jumlah yang sepatutnya



Disember 2016 - Itulah yang terjadi di Filipina kesan daripada usaha kerajaan pimpinan Presiden Rodrigo Duterte menentang kumpulan penjenayah dadah di negara tersebut.



Sebuah penjara di Quezon City yang pada asalnya cuma mampu menampung 800 penghuni dikerah menampung penghuni sehingga mencecah 3000 banduan.

 

Ikrar Duterte sejak memenangi pilihan raya untuk membasmi kumpulan berantai pengedar dadah dengan apa jua cara telah menyaksikan seramai 40000 tangkapan berkaitan dadah sejak Julai 2016. Banyak banduan penjara dipaksa tidur berhimpitan antara satu sama lain bahkan mereka terpaksa tidur di mana-mana ruang kosong yang terdapat di situ.




Sehingga kini seramai sekurang-kurangya 5000 rakyat Filipina terbunuh dalam kempen ekstrem kerajaan dan kebanyakkannya adalah pengedar dadah jalanan & penagih yang tidak mematuhi arahan polis sewaktu operasi dijalankan.




Apa perasaan korang sekiranya terpaksa berkongsi ruang dengan sebegini teruk? Aku percaya mungkin mereka yang tak tahan akan mati kelemasan. Bayangkan pula dengan bau badan pula, dan masalah tak cukup makanan dan sebagainya. Even nak streching badan pun tak lepas.







 "Whoa!"


Wednesday, December 14, 2016

Zlatan Ibrahimovic : 8 Fakta Menarik Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Zlatan Ibrahimovic : Penyerang Lengkap Yang Ditakuti Pihak Lawan







Kali ini aku nak post berkaitan seorang pemain bola sepak yang merupakan antara idola aku iaitu Zlatan Ibrahimovic. Pernah dikenali dengan nama samaran (nickname) Ibracadabra sewaktu bermain di Serie A Italy. Antara penyerang yang digeruni oleh pihak lawan kerana keupayaannya yang amat menakjubkan. Baca lagi kat bawah.


Biodata Ringkas:

Nama: Zlatan Ibrahimović
Tarikh lahir: 3 oktober 1981
Warganegara: Sweden
Tinggi: 1.95m
Posisi: Penyerang



Kalau korang nak baca dengan lebih lanjut pasal Ibrahimovic korang bleh search kat Google atau browse Youtube. Haha. Dalam post ni aku cuma nk share fakta2 yang menarik dan ringkas je pasal Ibrahimovic ni.












Fakta 1: Ibubapanya merupakan immigrant dari Bosnia & Crotia. Kerana dia merupakan anak pendatang, sewaktu dia menyertai kelab tempatan Malmo FF dia dipandang hina oleh pemain2 yg berasal dari Sweden.

Fakta 2: Sewaktu masih merupakan pemain remaja di Malmo FF dia pernah mencuri basikal. Di dalam buku biografi beliau “I Am Zlatan Ibrahimovic” dia pernah memberitahu sekiranya dia tidak menjejakkan kaki dalam arena bolasepak kemungkinan dia akan jadi pencuri sebagai sumber pendapatannya

Fakta 3: Zlatan tidak pernah memenangi Piala Juara Eropah (UEFA Champions League) sepanjang karier nya namun benda tu x membawa apa2 kerisauan pun kt dia. Sebab he is Zlatan. Who care whether he won the cup or not!

Fakta 4:  Pengaruh bola sepak Brazil amatlah besar dalam diri Zlatan semasa fasa dia membesar sebagai pemain bola. Salah seorang idola bolasepak dari Brazil yang diminati Zlatan ialah Ronaldo Gaucho “The Phenomenon”.  Sebab tu kalau anda perhatikan gaya & trick2 yg ada pada Zlatan, pasti anda perasan ada kesamaan dengan kebanyakkan pemain penyerang Brazil bukan?

Fakta 5: Pemain bek kiri dari Brazil bernama Maxwell merupakan sahabat baik Ibrahimovic sejak dari tempoh mereka bermain bersama di kelab Holland iaitu Ajax FC. Mereka pernah berkongsi apartment bersama di Ajax. Cuba anda lihat rekod kelab2 yang pernah mereka sertai. Mereka pernah bermain bersama2 bermula dari kelab Ajax FC, Internazionale FC, Barcelona FC & Paris Saint Germain (PSG)


Fakta 6: Zlatan Ibrahimovic mempunyai satu clothing brand jenama A-Z, pakaian khusus untuk latihan (training wear) di mana dia berkobelarasi dgn sebuah syarikat rakan kongsi Varner dari Sweden.

Fakta 7: Kelebihan utama Ibracadabra di atas padang adalah sangat athletic, sepakan padu jarak jauh, hantaran bola berbahaya & sentuhan penyudah yg mantap.

Fakta 8: Sebuah restoran di Paris telah menamakan satu menu burger mereka “The Zlatan” sebagai tanda penghargaannya kepada Ibrahimovic yang telah banyak menyumbang kepada kelab PSG













Komen BiruBiri: All hail Zlatan!

Koleksi Cerek Elektrik Stainless Steel & Bagaimana Ia Berfungsi


Kamu-kamu semua biasa guna cerek elektrik kan? Of course la orang zaman sekarang mesti sgt2 biasa guna cerek elektrik ni. Kalau budak2 sekolah/kolej/universiti dorang slalu beli at least satu share duit dgn roomates/housemates. Kepentingan cerek elektrik ni malas la nak explain panjang2....korang mesti tau punya. Okay kat bawah ni antara beberapa koleksi cerek elektrik yang mempunyai rekabentuk yang berbeza antara satu sama lain yang korang mungkin berminat nak tengok.


"Reka bentuk yang agak classy dengan warna light brown? light yellow? cream? creamy browny? Ntah la"




"yang ni plak ade kombinasi besi & kaca? ke plastik? apapun reka bentuk yang menarik bagi aku."



"jenama KitchenAid yang berwarna merah. kombinasi reka bentuk klasik & moden"




"Aku suka cerek ni. Sapa la arkitek yg design cerek ni. Sangat kreatif !"

"bentuk yang ni plak agak biasa tapi terdapat dot-dot pada bahagian atas yang membuatkan ianya unik"



"satu lagi cerek elektrik jenama KitchenAid. Berwarna hijau cream & fokus utama pereka bentuk semestinya mengekalkan bentuk tradisional."


"Me likey this electric kettle. So slim & shiny. I bet men love this bad boy LOL!"



"bentuk bunga pada body cerek elektrik ni sangat artsy. warna biru yang glossy membuatkan peminat cerek elektrik akan kata Awww!"




"rasanya yang ni anda biasa jumpa di pasaraya atau kedai elektrik. Design tipikal tetapi brand mungkin berbeza-beza"




"antara cerek elektrik terawal yang dicipta di dunia"




"satu lagi cerek elektrik dengan reka bentuk yang tipikal."




"whoa baby! you are so hot! I'm so wet right now because you spilled some hot boiling water on my lap"



"untuk pencinta cerek oldskool. sesuai untuk jamuan air teh di rumah atau di pejabat"


"hmm...I don't have much to say about this one. I like the body color though"




"design yang simple tapi pastinya harga cerek ini agak mahal...kot"



"haa...yang ni mesti korang biasa jumpa kan? kat sekolah atau rumah atau pejabat atau masjid confirm senang nampak"



"satu lagi cerek elektrik terawal dicipta dalam peradaban manusia"




"ini pun sama...cerek elektrik klasik dengan reka bentuk yang menarik. Sape2 bg kat aku satu!"





Nak tahu macam mana cerek elektrik berfungsi? Bacalah kat bawah ni


Apa itu cerek elektrik?

Satu peralatan asas dapur iaitu cerek tetapi menggunakan kuasa elektrik untuk memanaskan air. Cerek air pada asalnya menggunakan bahan api seperti dapur gas mahupun kayu api pada zaman dahulu kala, namun jutaan terima kasih kepada teknologi kini manusia mampu mencipta cerek air yang menggunakan kuasa elektrik. Awesome kan?


Bagaimana cerek elektrik berfungsi?

Alat pemanas yang diletakkan di dasar sebuah cerek elektrik bersambung kepada outlet soket elektrik. Tenaga elektrik ditukar kepada tenaga haba pada alat pemanas yg seterusnya bertindak memanaskan air sehingga mendidih.
Tapi macam mana cerek elektrik tu tahu bila ianya patut berhenti mendidih atau switch off? Glad that you asked. Okay, kata kunci di sini ialah thermostat. To be more specific ia dipanggil  bimetallic thermostat (banyak diguna pakai dalam cerek elektrik masa kini). Apabila air mendidih & mencecah tahap mendidih (boiling point), thermostat tersebut bertindak memutuskan kuasa elektrik lantas menendang punat yang anda tekan (switch off).





Komen BiruBiri: Aku banyak jgk beli cerek elektrik dari zaman sekolah smapai la zaman dah x sekolah ni. Tapi aku beli xdelah yang mahal2...just medium price range produk je. Tak mampu nak beli yang mahal2 duit xde.