Gambar Hiasan
Seorang wanita dari Australia yang mengambil penerbangan domestik Qantas dari Sydney ke Brisbane dikejutkan dengan keunikan makanan yang dihidangkan kepadanya ketika waktu makan tengah hari. Wanita tersebut yang tidak mahu mendedahkan identitinya berkata dia memilih untuk menempah satu set dumpling.
Ketika set dumpling tersebut tiba, wanita itu tergamam
kerana dalam bekas makanan itu selain 5 keping dumplings, dia juga dihidangkan
dengan satu hidangan sampingan yang berbentuk seakan-akan alat kemaluan lelaki 😆.
Ketika dia bertanya kepada pramugara yang menghidangkan makanannya, dia
diberitahu bahawa ia adalah sejenis sayuran.
Berikut adalah gambar menu hidangan yang dimaksudkan:
Hidangan Istimewa
Gusar dengan bentuk sayuran tersebut, wanita tersebut
memilih untuk tidak memakannya tetapi dia tetap menghabiskan dumpings yang
ditempah. Dia memilih untuk mengambil gambar hidangan tersebut dan berkongsi di
laman sosial. Perkongsiannya menarik minat netizen kerana menganggapnya adalah
kelakar.
Setelah dikaji selidik, rupa-rupanya sayuran yang berbentuk
zakar itu adalah terung Jepun. Pendedahan itu dibuat oleh pengurusan Qantas
yang dipetik berkata “Menu yang diperkatakan itu sebenarnya ialah Dumplings Sayuran Masak Stim bersama Cuka Hitam Bercili dan Dressing Soya. Dumplings tersebut
dihidangkan bersama Terung Jepun masak stim, yang biasa digunakan dalam
hidangan makanan Asia. Berdasarkan gambar tersebut, kami mungkin menamakan menu
ini sebagai Dumpling bersama Kejutan”, katanya secara berseloroh.
Sumber: Akhbar Australia
Komen BiruBiri: Dumplings tu obviously Nampak sedap…dan
terung masak stim yang berbentuk macam dildo tu? Oo yeah…that would be a dream food
for all the homos…right? LOL
0 comments:
Post a Comment