Friday, December 16, 2016

Penjara Paling Padat di Dunia



Penjara terpadat di dunia – banduan dipaksa berkongsi tidur dalam sel penjara melebihi dari jumlah yang sepatutnya



Disember 2016 - Itulah yang terjadi di Filipina kesan daripada usaha kerajaan pimpinan Presiden Rodrigo Duterte menentang kumpulan penjenayah dadah di negara tersebut.



Sebuah penjara di Quezon City yang pada asalnya cuma mampu menampung 800 penghuni dikerah menampung penghuni sehingga mencecah 3000 banduan.

 

Ikrar Duterte sejak memenangi pilihan raya untuk membasmi kumpulan berantai pengedar dadah dengan apa jua cara telah menyaksikan seramai 40000 tangkapan berkaitan dadah sejak Julai 2016. Banyak banduan penjara dipaksa tidur berhimpitan antara satu sama lain bahkan mereka terpaksa tidur di mana-mana ruang kosong yang terdapat di situ.




Sehingga kini seramai sekurang-kurangya 5000 rakyat Filipina terbunuh dalam kempen ekstrem kerajaan dan kebanyakkannya adalah pengedar dadah jalanan & penagih yang tidak mematuhi arahan polis sewaktu operasi dijalankan.




Apa perasaan korang sekiranya terpaksa berkongsi ruang dengan sebegini teruk? Aku percaya mungkin mereka yang tak tahan akan mati kelemasan. Bayangkan pula dengan bau badan pula, dan masalah tak cukup makanan dan sebagainya. Even nak streching badan pun tak lepas.







 "Whoa!"


0 comments:

Post a Comment