Sepanjang 100 tahun yang lalu kita melihat sebegitu banyak perubahan dari sudut dunia fesyen dan trend. Evolusi manusia dari segi cara pemakaian memberikan begitu banyak variasi untuk koleksi sejarah anak-anak muda akan datang. Kali ini aku nak share gaya-gaya rambut lelaki yang berubah sepanjang se-abad yang lepas. Kalau korang sempat tengok gambar-gambar kenangan datuk atau nenek korang dulu mesti sangat2 berbeza kan dengan zaman sekarang?
Actually terdapat banyak gaya rambut yang wujud pada zaman dahulu tapi post kali ini memberi fokus kepada gaya rambut yang paling famous yang biasa anda lihat dalam majalah atau tv atau dalam movies untuk tempoh tahun2 tersebut..
Tahun 1910-an berkisarkan gaya rambut yang disikat rapi di sudut tepi beserta misai yang sederhana tebal
1910s
Gaya rambut pada 1920-an pula masih mengekalkan gaya rambut yang disikat rapi tetapi dengan belahan sekata di tengah2. Misai pula dicukur sepenuhnya menghasilkan menampilan muka yang bersih
1920s
Gaya rambut 1930-an pula memaparkan rambut yang agak tebal dan sedikit berallun dari tahun sebelumnya tetapi disikat pada bahagian tepi. Trend bermisai kembali dengan sedikit nipis berbanding tahun 1910-an. Gaya ini dipopularkan oleh pelakon Hollywood pada waktu itu bernama Clark Gable.
1930s
Zaman 1940-an menunjukkan potongan rambut pendek tetapi agak tebal dan menonjol pada bahagian depan (dikenali sebagai bouffant).
1940s
Siapa tak kenal Elvis Presley? Pengaruh besar Elvis pada zaman kegemilangannya menjadikan trend rambut yang tebal dan disikat kebelakang menjadi fenomena dunia
1950s
Selepas berlalunya kegemilangan Elvis Presley, muncul pula gaya rambut kumpulan muzik The Beatles. Gaya rambut seakan-akan mop lantai memerlukan rambut anda dibiarkan panjang dan dibiarkan agak kusut tanpa penggunaan produk rambut yang keterlaluan.
1960s
Tahun 1970-an pula merupakan gaya rambut yang berevolusi dari tahun 1960-an. Trend rambut pada waktu ini ialah rambut dibiarkan lebih panjang dan facial hair dibiarkan tumbuh; jambang dan misai membawa gaya cool seorang hippie.
1970s
Anda ingat tak movie lakonan Leonardo DiCaprio iaitu :Wolf of Wall Street"? Yezza! Rambut yang panjang disikat rapi kebelakang tanpa apa2 facial hair cukup mantap dikaca mata wanita. Ade gaya2 kasanova tau!
1980s
Okay! Zaman muzik grunge pula! Kalau anda minat Kurt Cobain dari kumpulan Nirvana, korang mesti tau kan gaya rambut dia? Rambut panjamg sedikit kusut dengan facial hair yang tidak terlalu tebal, Ada seakan-akan gaya 1970-an kan?
1990s
Zaman 2000-an membawa gaya rambut yang moden yang dimana gaya rambut fauxhawk menjadi kegilaan remaja mahupun dewasa. Aku pun masih stick dengan gaya ni smpai sekarang jgk sbb nampak smart & cool. Haha!
2000s
Gaya rambut 2010-an pulak agak hipster. Bela rambut panjang2 dengan misai jambang bagai pastu rambut tu diikat bersannggul.
2010s
Komen BiruBiri: Apa agaknya gaya rambut yang akan memberi pengaruh dalam dunia fesyen 20 tahun akan datang ek?
Yang lelaki tu boleh baca Style dan Gaya Rambut Lelaki
ReplyDelete