Kisah 1
Di sebuah rimba yang aman tinggal aneka haiwan hidup aman sejahtera. Sang Arnab ialah seorang pelari terkemuka di rimba tersebut dan hidup dengan kaya-raya hasil kemenangan wang pertaruhan dalam acara larian. Sang Kura-kura yang tinggal di rimba itu pula adalah seekor haiwan paling miskin. Suatu hari Sang Kura2 mendapat idea untuk membolot harta kekayaan Sang Arnab dengan menipu. Namun dalam usaha untuk menjayakan scam penipuan itu, Sang Kura2 menjemput kawan2nya dari spesis kura2 untuk terlibat sama. "Bro aku ada idea cun nih. Apakata kita scam Sang Arnab? Kita ajak dia bertaruh semua harta dia dalam satu larian..then korang semua menyorok dalam beberapa checkpoint kt route larian tu. Pastu korang berlakon konon2 aku dh pintas dia and leading the race. Last checkpoint aku jejak finish line then kita menang lumba lari tu! Amacam?", tanya Sang Kura2. "Perghhh bro bijak jugak plan ko! Aku setuju!", jawab rakan2 Sang Kura2 serentak. Maka Sang Kura2 pun berjumpa dengan Sang Arnab dan menceritakan tujuannya itu. "Haha! Ko biar betul sial! Sah2 aku menang kalau race dengan ko! Lagi satu ko dah la miskin, mende ko nk cagar untuk race tu?", tanya Sang Arnab dengan angkuh. "Macam ni bro..kalau aku kalah race tu aku sanggup jadi hamba abdi kau seumur hidup", kata Sang Kura2.
"Are you fooking serious mate?! Aku setuju!", jawab Sang Arnab dengan pantas tanpa berfikir mengenangkan betapa seronoknya dia jika dapat jadikan Sang Kura2 itu sebagai hambanya. Bahkan dalam kepalanya sudah bercadang memanggil Sang Kura2 sebagai "Mr. Slave" sebagai satu penghinaan. Maka di hari perlumbaan ramailah haiwan2 sepelosok rimba datang untuk menyaksikan acara tersebut. 1! 2! 3! Bang! Sang Beruang yang menjadi pengadil melepaskan tembakan di garisan permulaan. Maka Sang Kura2 dan rakan2nya pun memulakan taktik keji mereka itu. Sang Arnab yang awal2 lagi sudah meninggalkan Sang Kura2 begitu hairan kenapa Sang Kura2 boleh berada di hadapannya sedangkan dia sepatutnya ketinggalan di belakang. Dek kerana ketajaman akal fikiran yang lemah, dia pun cuba berlari sekuat hati memotong kura2 tadi & cuba untuk tiba di garisan penamat secepat mungkin. Apabila dia sudah menghampiri finish line itu, alangkah terkejutnya dia kerana Sang Kura2 sudahpun mencecah kakinya & memenangi acara larian tersebut.
Akibat kekalahan yang tak disangka2 itu Sang Arnab menjadi muflis dan hidup merembat sebagai seekor gelandangan. Sang Kura2 pula telah menjadi seekor kayawan di rimba itu dalam sekelip mata. Selepas membahagikan harta kemenangan, Sang Kura2 telah bertindak dengan menggunakan harta kekayaannya untuk memperluaskan pengaruhnya di rimba tersebut bersama rakan2nya. Maka bermulalah episod kehidupan rimba yang dinodai dengan korupsi, pelacuran, pengedaran dadah, penipuan dan sebagainya. Bersambung
Komen BiruBiri: Moral of the story is belajarlah menipu demi kehidupan yang senang-lenang macam Sang Kura-kura 😉
0 comments:
Post a Comment