Friday, December 23, 2016
Rahsia Kejayaan : 5 Perkara Yang Anda Boleh Belajar dari Usahawan/Entrepreneur Cina
Bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, scenario yang biasa anda lihat apabila ke bandar atau pekan tidak kira sama ada besar atau kecil, anda sudah pasti sedia maklum bahawa lebih 60% daripada jumlah perniagaan yang terdapat di situ dimonopoli oleh orang Cina. Ini pasti membuatkan anda tertanya-tanya apa rahsia mereka sehingga mampu menjadi juara dalam bidang ekonomi di negara ini bahkan di serata pelosok dunia bukan? Namun post ini memberi focus kepada kunci2 kejayaan empayar perniagaan Cina yang berskala besar, contohnya Loh Boon Siew, Genting Group, Mah Sing Group dll. Sila baca di bawah.
1. Tidak terburu-buru dalam membuat keputusan
Usahawan Cina cenderung untuk mengambil masa yang lama & menganalis segala risiko dan options sebelum membuat keputusan yang kritikal. Mereka juga mengambil masa untuk mempercayai rakan niaga lebih2 lagi rakan niaga tersebut baru dikenali. Namun begitu mereka tahu untuk mengenalpasti keutamaan dalam membuat keputusan.
2. Ambil peluang yang terbuka
Tahukah anda kebanjiran usahawan Cina dalam urusniaga berasaskan sumber alam di majoriti negara2 Afrika? Ini kerana mereka dapat menghidu potensi ekonomi yang terpampang di mata lebih awal berbanding bangsa2 yang lain. Bukan itu sahaja mereka juga berani mengambil risiko di atas peluang tersebut. Apabila seorang usahawan Cina membuat keputusan di atas sesuatu, mereka akan memberi focus sepenuhnya. Hasilnya mereka mampu memajukan perniagaan mereka dengan cepat.
3. Mampu menyesuaikan diri bergantung kepada keadaan semasa
Perubahan (persekitaran/market/etc) tidak menakutkan usahawan Cina. Mereka sentiasa belajar & terus-menerus menyesuaikan perniagaaan mereka berdasarkan persekitaran semasa. Bagi anda yang berkata bahawa peniaga Cina tidak berinovasi atau hanya menghasilkan produk dengan mutu kualiti yang rendah, percayalah kritikan anda itu hanyalah merujuk kepada peniaga Cina yang berisiko untuk lingkup dalam perniagaan mereka. Kebanyakkan usahawan Cina yang berjaya sentiasa berinovasi & menghasilkan produk yang berkualiti tinggi sepanjang masa.
4. Melihat pada sudut positif
Polisi sesebuah kerajaan kadang-kala membebankan mana2 usahawan baik usahawan tempatan atau luar negara. Namun bagi usahawan Cina ianya tidak menghalang mereka untuk terus mengembangkan perniagaan mereka. Daripada merengek dan merintih berkenaan sesuatu itu, mereka tidak membuang masa ke atas sesuatu perkara yang mereka tidak mampu mengubahnya. Mereka bersikap positif dan memupuk sikap optimistik; dek kerana ahli2 politik mereka tidak mengalah dalam mengembangkan perniagaan mereka.
5. Bersikap terpuji
Entrepreneur Cina pentingkan reputasi & integriti. Mereka faham kegagalan sangat memalukan oleh itu mereka mempunyai nilai yang tinggi berkaitan maruah. Pada masa yang sama mereka menjangkakan rakan niaga mereka menunaikan janji yang dibuat. Mereka juga menilai tinggi komuniti dan juga keluarga mereka. Mereka sedar kejayaan sesebuah perniagaan adalah hasil usaha berpasukan.
Sumber:
http://www.forbes.com/sites/ey/2014/05/21/secrets-of-success-5-lessons-from-chinese-entrepreneurs/#34e739cc5bc5
Tahukah Anda?
Di masa penjajahan British, kebanjiran pendatang dari India dan China telah mengubah landskap ekonomi di Tanah Melayu. Orang Cina sudah sedia maklum satu bangsa yang bersikap optimistik. Oleh kerana mereka sedar bahawa mereka tidak dibenarkan memiliki tanah di Tanah Melayu, orang2 Cina membuat keputusan untuk meraih kehidupan yang selesa dan mewah di kemudian hari dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Namun bukanlah sesuatu jalan mudah bagi mereka kerana mereka bermula dengan bekerja sebagai pekerja lombong, buruh, seni ukiran dll. Selepas pekerjaan tersebut untuk suatu tempoh yang lama, mereka mengorak langkah dalam bidang perniagaan pula. Mereka sedar penglibatan dalam bidang ekonomi adalah jalan yang cerah untuk kehidupan yang selesa untuk keluarga mereka. Malang bagi masyarakat Melayu pula di mana mereka tidak pandai dalam mengambil peluang ekonomi tersebut. Kebanyakkannya selesa meneruskan hidup sebagai petani dan menjadi penduduk kelas kedua di tanah sendiri.
Komen BiruBiri: Bukak bisnes ni menguntungkan kalau pandai dalam strategi perniagaan..tapi itulah most people x pandai berniaga atau ilmu x cukup tapi nak bisnes jgk. Hasilnya bisnes lingkup separuh jln & rugi plak yang dapat
0 comments:
Post a Comment