• Mmmbeeeekkkk!!

    Mmmbeeeekk! Watch out everyone! A new sheep in town! Anda pernah dengar tak kisah seekor biri-biri yang menjadi 'lamb steak' yang sedap?...

  • Mereka berkongsi kisah mereka dengan lipas

    Pernah x makan lipas goreng? Kalau anda nak tau lipas ni antara makanan exotic yg famous tau kt dunia ni. Sape2 yg pernah pegi...

  • Gambar random untuk hiburan anda! Siri 1

    MEMPERSEMBAHKAN.....10 gambar random dari Internet untuk buang masa anda...

Tuesday, December 27, 2016

10 Negara Selamat Diduduki Sekiranya Berlaku Perang Dunia Ketiga


Pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti dunia bakal dilanda Perang Dunia Ketiga? Seandainya anda terfikir bagaimana untuk selamatkan diri anda dari kemelut peperangan yang semestinya akan memusnahkan harta benda, kehilangan nyawa & orang tersayang dan tekanan perasaan, bolehlah anda berkira-kira untuk memilih penempatan anda yang selamat dari kancah perang tersebut. Baca selanjutnya di bawah.


10. Switzerland



  
Sebuah negara yang berpendirian neutral dalam konflik antarabangsa, bunker (tempat berlindung) yang berselerak dalam negara & antara negara yang tidak terjebak dalam kancah peperangan terdahulu iaitu WW1 atau WW2. Kelebihan gunung-ganang yang mengelilingi negara Switzerland memberikan perlindungan semulajadi dari sebarang serangan dari mana2 pihak. Orang awam juga boleh menjadikan gunung2 tersebut sebagai tempat persembunyian ketika peperangan berlangsung.



9. Tuvalu



Negara pulau yang kecil di Lautan Pasifik dan berkedudukan begitu jauh & terasing antara negara2 lain. Mempunyai jumlah penduduk yang sedikit bahkan sumber alam yang terhad menjadikan ia kurang menarik perhatian mana2 kuasa besar untuk menyerangnya. Penduduk Tuvalu juga bercucuk tanam sendiri tanpa bergantung kepada import dari luar untuk bahan makanan & barangan. Mereka mampu meneruskan rutin harian sekiranya peperangan bergolak.



8. New Zealand




Antara negara yang terselindung & jarang dilawati oleh orang ramai namun antara negara yang pesat membangun. Mempunyai paksi demokrasi yang stabil & jarang terlibat dalam konflik dunia. Sebagaimana Switzerland, ianya kaya dengan gunung-ganang sebagai tempat berlindung yang unggul sekiranya diserang musuh.


7. Bhutan



Negara yang terletak di banjaran Himalaya merupakan tempat berlindung yang unggul sekiranya perang dunia ketiga tercetus. Gunung-ganang semestinya memberi kelebihan sebagai tempat persembunyian atau berlindung. Sejak menyertai Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1971, ia memilih untuk berada dalam kelompok negara2 berkecuali sebagaimana Switzerland & Malaysia. Ia juga tiada sebarang hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.



6. Chile



Antara negara paling stabil dan kaya-raya di Amerika Selatan. Duduk dalam ranking tertinggi dari segi pembangunan manusia berbanding negara2 jirannya. Dilindungi oleh banjaran Andes di sekeliling sempadan negara.



5. Iceland



Terkenal sebagai negara paling aman, ianya menduduki ranking nombor 1 dalam Global Peace Indeks pada tahun 2015. Ia adalah sebuah negara kepulauan tanpa berkongsi sempadan dengan mana2 negara. Struktur negara yang bergunung-ganang menjadi tempah berteduh yang ideal dalam konflik peperangan.


4. Denmark



Oleh kerana Denmark terlibat secara langsung dalam pertubuhan NATO, ia semestinya akan menderita sekiranya berlaku konflik peperangan di Eropah. Walau bagaimanapun Denmark terdapat pengecualian bagi daerah takluknya bernama Greenland. Sebagaimana Iceland, Greenland mempunyai landskap yang serupa & ia tidak terlibat dalam mana2 konflik politik (Walaupun Greenland berada di bawah jajahan takluk Denmark, ia mempunyai kerajaannya yang tersendiri).



3. Malta



Sebuah negara kepulauan kecil terletak di Laut Mediterranean. Sepanjang sejarah kemanusiaan, empayar2 terdahulu telah cuba namun gagal untuk menakluk Malta. Ini bermakna pencerobohan ke atas Malta adalah membawa padah. Tambahan pula saiz pulaunya yang kecil memberi faktor bahawa tiada hasil memberangsangkan sekiranya pulau itu ditakluk.



2. Ireland



Walaupun ianya sebuah negara yang kaya-raya & pesat membangun, Ireland tiada ikatan hubungan dengan mana2 kuasa yang berpotensi terlibat dalam perang secara langsung. Polisi negara Ireland cenderung memilih sebagai bebas & berkecuali. Ia bukan merupakan anggota NATO & memilih untuk berada dalam kelompok ketenteraan berkecuali. Merujuk kepada undang2 Ireland, bagi membolehkan ia terlibat dalam mana2 konflik luaran, ianya perlu mendapatkan kelulusan UN, kerajaan Ireland & juga badan kehakiman Ireland.



1. Fiji



Negara terpencil Fiji terletak pada jarak yang agak jauh dari negara2 lain di Lautan Pasifik. Ia memberikan kelebihan kepada Fiji dari sebarang pencerobohan. Jumlah populasi yang kecil, berpendirian neutral dalam hubungan antarabangsa & tiada kelebihan sumber alam untuk menarik minat penjajah.


Sumber:
http://www.express.co.uk/travel/articles/624859/The-10-safest-countries-if-World-War-3-breaks-out



Komen BiruBiri: Malaysia pula bagaimana? Dari sejarah perang yang lepas semestinya negara ini akan menjadi mangsa keadaan antara kuasa2 besar dunia. Semoga Tuhan menjauhkan malapetaka yang tidak diingini oleh kita semua ini.




Monday, December 26, 2016

Perlumbaan Arnab & Kura-kura (cerita alternatif)




Kisah 1


Di sebuah rimba yang aman tinggal aneka haiwan hidup aman sejahtera. Sang Arnab ialah seorang pelari terkemuka di rimba tersebut dan hidup dengan kaya-raya hasil kemenangan wang pertaruhan dalam acara larian. Sang Kura-kura yang tinggal di rimba itu pula adalah seekor haiwan paling miskin. Suatu hari Sang Kura2 mendapat idea untuk membolot harta kekayaan Sang Arnab dengan menipu. Namun dalam usaha untuk menjayakan scam penipuan itu, Sang Kura2 menjemput kawan2nya dari spesis kura2 untuk terlibat sama. "Bro aku ada idea cun nih. Apakata kita scam Sang Arnab? Kita ajak dia bertaruh semua harta dia dalam satu larian..then korang semua menyorok dalam beberapa checkpoint kt route larian tu. Pastu korang berlakon konon2 aku dh pintas dia and leading the race. Last checkpoint aku jejak finish line then kita menang lumba lari tu! Amacam?", tanya Sang Kura2. "Perghhh bro bijak jugak plan ko! Aku setuju!", jawab rakan2 Sang Kura2 serentak. Maka Sang Kura2 pun berjumpa dengan Sang Arnab dan menceritakan tujuannya itu. "Haha! Ko biar betul sial! Sah2 aku menang kalau race dengan ko! Lagi satu ko dah la miskin, mende ko nk cagar untuk race tu?", tanya Sang Arnab dengan angkuh. "Macam ni bro..kalau aku kalah race tu aku sanggup jadi hamba abdi kau seumur hidup", kata Sang Kura2.

"Are you fooking serious mate?! Aku setuju!", jawab Sang Arnab dengan pantas tanpa berfikir mengenangkan betapa seronoknya dia jika dapat jadikan Sang Kura2 itu sebagai hambanya. Bahkan dalam kepalanya sudah bercadang memanggil Sang Kura2 sebagai "Mr. Slave" sebagai satu penghinaan. Maka di hari perlumbaan ramailah haiwan2 sepelosok rimba datang untuk menyaksikan acara tersebut. 1! 2! 3! Bang! Sang Beruang yang menjadi pengadil melepaskan tembakan di garisan permulaan. Maka Sang Kura2 dan rakan2nya pun memulakan taktik keji mereka itu. Sang Arnab yang awal2 lagi sudah meninggalkan Sang Kura2 begitu hairan kenapa Sang Kura2 boleh berada di hadapannya sedangkan dia sepatutnya ketinggalan di belakang. Dek kerana ketajaman akal fikiran yang lemah, dia pun cuba berlari sekuat hati memotong kura2 tadi & cuba untuk tiba di garisan penamat secepat mungkin. Apabila dia sudah menghampiri finish line itu, alangkah terkejutnya dia kerana Sang Kura2 sudahpun mencecah kakinya & memenangi acara larian tersebut.



Akibat kekalahan yang tak disangka2 itu Sang Arnab menjadi muflis dan hidup merembat sebagai seekor gelandangan. Sang Kura2 pula telah menjadi seekor kayawan di rimba itu dalam sekelip mata. Selepas membahagikan harta kemenangan, Sang Kura2 telah bertindak dengan menggunakan harta kekayaannya untuk memperluaskan pengaruhnya di rimba tersebut bersama rakan2nya. Maka bermulalah episod kehidupan rimba yang dinodai dengan korupsi, pelacuran, pengedaran dadah, penipuan dan sebagainya. Bersambung





Komen BiruBiri: Moral of the story is belajarlah menipu demi kehidupan yang senang-lenang macam Sang Kura-kura 😉







Friday, December 23, 2016

Rahsia Kejayaan : 5 Perkara Yang Anda Boleh Belajar dari Usahawan/Entrepreneur Cina




Bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, scenario yang biasa anda lihat apabila ke bandar atau pekan tidak kira sama ada besar atau kecil, anda sudah pasti sedia maklum bahawa lebih 60% daripada jumlah perniagaan yang terdapat di situ dimonopoli oleh orang Cina. Ini pasti membuatkan anda tertanya-tanya apa rahsia mereka sehingga mampu menjadi juara dalam bidang ekonomi di negara ini bahkan di serata pelosok dunia bukan? Namun post ini memberi focus kepada kunci2 kejayaan empayar perniagaan Cina yang berskala besar, contohnya Loh Boon Siew, Genting Group, Mah Sing Group dll. Sila baca di bawah.





1.    Tidak terburu-buru dalam membuat keputusan


Usahawan Cina cenderung untuk mengambil masa yang lama & menganalis segala risiko dan options sebelum membuat keputusan yang kritikal. Mereka juga mengambil masa untuk mempercayai rakan niaga lebih2 lagi rakan niaga tersebut baru dikenali. Namun begitu mereka tahu untuk mengenalpasti keutamaan dalam membuat keputusan.



2.    Ambil peluang yang terbuka


Tahukah anda kebanjiran usahawan Cina dalam urusniaga berasaskan sumber alam di majoriti negara2 Afrika? Ini kerana mereka dapat menghidu potensi ekonomi yang terpampang di mata lebih awal berbanding bangsa2 yang lain. Bukan itu sahaja mereka juga berani mengambil risiko di atas peluang tersebut. Apabila seorang usahawan Cina membuat keputusan di atas sesuatu, mereka akan memberi focus sepenuhnya. Hasilnya mereka mampu memajukan perniagaan mereka dengan cepat.
 


3.    Mampu menyesuaikan diri bergantung kepada keadaan semasa


Perubahan (persekitaran/market/etc) tidak menakutkan usahawan Cina. Mereka sentiasa belajar & terus-menerus menyesuaikan perniagaaan mereka berdasarkan persekitaran semasa. Bagi anda yang berkata bahawa peniaga Cina tidak  berinovasi atau hanya menghasilkan produk dengan mutu kualiti yang rendah, percayalah kritikan anda itu hanyalah merujuk kepada peniaga Cina yang berisiko untuk lingkup dalam perniagaan mereka. Kebanyakkan usahawan Cina yang berjaya sentiasa berinovasi & menghasilkan produk yang berkualiti tinggi sepanjang masa.



4.    Melihat pada sudut positif


Polisi sesebuah kerajaan kadang-kala membebankan mana2 usahawan baik usahawan tempatan atau luar negara. Namun bagi usahawan Cina ianya tidak menghalang mereka untuk terus mengembangkan perniagaan mereka. Daripada merengek dan merintih berkenaan sesuatu itu, mereka tidak membuang masa ke atas sesuatu perkara yang mereka tidak mampu mengubahnya. Mereka bersikap positif dan memupuk sikap optimistik;  dek kerana ahli2 politik mereka tidak mengalah dalam mengembangkan perniagaan mereka.
 


5.    Bersikap terpuji


Entrepreneur Cina pentingkan reputasi & integriti. Mereka faham kegagalan sangat memalukan oleh itu mereka mempunyai  nilai yang tinggi berkaitan maruah. Pada masa yang sama mereka menjangkakan rakan niaga mereka menunaikan janji yang dibuat. Mereka juga menilai tinggi komuniti dan juga keluarga mereka. Mereka sedar kejayaan sesebuah perniagaan adalah hasil usaha berpasukan.

Sumber:
http://www.forbes.com/sites/ey/2014/05/21/secrets-of-success-5-lessons-from-chinese-entrepreneurs/#34e739cc5bc5



Tahukah Anda?


Di masa penjajahan British, kebanjiran pendatang dari India dan China telah mengubah landskap ekonomi di Tanah Melayu. Orang Cina sudah sedia maklum satu bangsa yang bersikap optimistik. Oleh kerana mereka sedar bahawa mereka tidak dibenarkan memiliki tanah di Tanah Melayu, orang2 Cina membuat keputusan untuk meraih kehidupan yang selesa dan mewah di kemudian hari dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Namun bukanlah sesuatu jalan mudah bagi mereka kerana mereka bermula dengan bekerja sebagai pekerja lombong, buruh, seni ukiran dll. Selepas pekerjaan tersebut untuk suatu tempoh yang lama, mereka mengorak langkah dalam bidang perniagaan pula. Mereka sedar penglibatan dalam bidang ekonomi adalah jalan yang cerah untuk kehidupan yang selesa untuk keluarga mereka. Malang bagi masyarakat Melayu pula di mana mereka tidak pandai dalam mengambil peluang ekonomi tersebut. Kebanyakkannya selesa meneruskan hidup sebagai petani dan menjadi penduduk kelas kedua di tanah sendiri.





Komen BiruBiri: Bukak bisnes ni menguntungkan kalau pandai dalam strategi perniagaan..tapi itulah most people x pandai berniaga atau ilmu x cukup tapi nak bisnes jgk. Hasilnya bisnes lingkup separuh jln & rugi plak yang dapat



Thursday, December 22, 2016

Viral: Lipan Besar dijumpai di Kuantan, Malaysia





Sekeping gambar yang diviralkan di Whatsapp menunjukkan seekor lipan tanah ditemui oleh seorang pekerja lombong di Bukit Goh, Kuantan, Pahang, Malaysia.

Berdasarkan gambar tersebut lipan itu dipercayai mempunyai saiz melebihi 20cm panjang. Namun tidak dipasti sama ada gambar tersebut sama ada gambar edit atau gambar sebenar.

Matikah anda sekiranya anda digigit oleh lipan?

Walaupun gigitan lipan amat menyakitkan, namun ianya sangat jarang membawa maut kepada mangsa.  Simptom2 kesan gigitan lipan juga berbeza-beza kepada mangsa berdasarkan kesan alergi & saiz lipan tersebut. Kebiasaannya mangsa yang digigit akan merasakan kesakitan yang pedih melampau, bengkak dan kemerahan pada tempat gigitan namun ianya akan reda dalam tempoh 48 jam.
Sumber: www.orkin.com/other/centipedes/centipede-bite


Lipan adalah serangga bersifat karnivor. Diet makanan lipan termasuklah serangga2 yang bersaiz kecil & berbadan lembut seperti semut, lipas, labah2, cacing & sebagainya.
Di beberapa buah negara seperti Thailand atau sebahagian benua Afrika, lipan dijadikan sebagai antara juadah makanan, yang kebanyakkannya adalah digoreng.




Komen BiruBiri: Lipan ni antara makanan eksotik nih....so far aku xde 'balls' nk try even kalau diberi peluang :p . Sapa2 nk rasa makan lipan bleh cuba kat Bangkok, Thailand. Kat Khaosan Road ramai org jual benda ni. Farangs pun ramai je ak tengok makan lipan goreng kat sana.


 

Wednesday, December 21, 2016

Fakta Menarik Berkaitan Filem Star Wars: Rogue One (2016)






Sinopsis ringkas:

Kisah bermula apabila bekas saintis  Galen Erso yang tinggal dengan aman sentosa di rumah mereka di sebuah ladang tiba-tiba didatangi oleh penjahat Orson Krennic dari kumpulan Galactic Empire. Dia diculik dari keluarga yang dicintainya demi untuk memenuhi kehendak Darth Vader dalam memastikan projek Death Star berjalan dengan lancar. Beberapa tahun kemudian Galen telah menjadi ketua jurutera bagi projek Death Star. Jyn yang telah membesar memutuskan untuk menyertai kumpulan Rebel Alliance & membantu mendapatkan plan stesen Death Star itu bagi kemaslahatan ummah.


Fakta2 Menarik tentang filem sensasi ini:


1. Filem ini mula ditayangkan di USA pada 10 Disember 2016 & tayangan dalam Malaysia pula telah bermula sejak 15 Disember 2016




2. Kos produksi menelan belanja USD200 juta termasuk kos promosi. Sehingga artikel ini ditulis keuntungan semasa adalah USD323.5 million.



3. Filem Rogue One ini mendapat sumber inspirasi dari beberapa buah filem seperti The Dam Busters (1955) dan The Guns of Navarone (196).



 4. Penggunaan kamera lama dalam pembikinan filem ini oleh Gareth Edwards & cinematographer Greig Fraser bagi tujuan membangkitkan mood & suasana filem Star Wars seperti yang terdahulu pada zaman 70-an dan juga 80-an.

 

5. Kapal angkasa "The Ghost" yang kerap muncul dalam siri tv animasi 3D Star Wars: Rebel membuat kemunculan di babak akhir serangan Rebels dalam filem ini




6. Droid tinggi dan mengagumkan terbaru K-2SO (dialih suara oleh Alan Tudyk) atau singkatannya K-2 pada asalnya merupakan droid pertarungan Galactic Empire. Namun ianya telah diprogram oleh kumpulan Rebel dan mempunyai keupayaan memahami hati & perasaan...dan juga sarcasm.




 7. Cuba teka siapa disebalik suara Darth Vader? Jika anda teka ianya Jamal Yunos, anda silap. Siapa lagi yang menjadi suara Darth Vader kalau bukan lagenda James Earl Jones.



8. Mesti anda ingat pelakon yang membawa watak Darth Vader juga merupakan James Earl Jones kan? Anda silap lagi. Watak Darth Vader dalam Rogue One dibawa oleh 2 orang berbeza iaitu Daniel Naprous (seorang stuntman) & Spencer Wilding (seorang pelakon).




 6. Komposer muzik untuk filem ini ialah Michael Giacchino, juga merupakan komposer muzik untuk filem Doctor Strange (2016), Star Trek Beyond (2015) & Star Trek Into Darkness (2013)






Komen BiruBiri:Mampukah filem ini mencipta rekod baru dalam hasil kutipan berbanding filem2 Star Wars sebelumnya? Hanya masa yang akan menentukan.





Tuesday, December 20, 2016

When God Closes a Door, He Opens a Window



Pernah dengar tak frasa English yang berbunyi:

“When God Closes a Door, He Opens a Window”


Antara frasa lain yang membawa maksud yang sama adalah seperti dibawah: 

"When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the onewhich has opened for us." ~ Alexander Graham Bell

Bila dialih bahasa begini la maksudnya:

"Ketika satu pintu tertutup maka pintu lain akan terbuka... kadang kita terlalu lama terpaku di depan pintu tertutup itu.'"

Quotes di atas merupakan bunga-bunga bahasa yang bersifat metafora di mana ia memberitahu kita bahawa sekiranya kita gagal untuk mencapai sesuatu matlamat pastinya ada peluang yang lain untuk kita mencapai matlamat seterusnya…atau matlamat yang sama…kot :p






Komen BiruBiri: Dalam banyak2 pintu, pintu apa yang tak boleh dibuka dan ditutup? Pintu gerbang





Hidangan Penerbangan Kapal Terbang Yang Buat Anda Serba Salah Nak Makan



Gambar Hiasan


Seorang wanita dari Australia yang mengambil penerbangan domestik Qantas dari Sydney ke Brisbane dikejutkan dengan keunikan makanan yang dihidangkan kepadanya ketika waktu makan tengah hari.  Wanita tersebut yang tidak mahu mendedahkan identitinya berkata dia memilih untuk menempah satu set dumpling.


Ketika set dumpling tersebut tiba, wanita itu tergamam kerana dalam bekas makanan itu selain 5 keping dumplings, dia juga dihidangkan dengan satu hidangan sampingan yang berbentuk seakan-akan alat kemaluan lelaki 😆. Ketika dia bertanya kepada pramugara yang menghidangkan makanannya, dia diberitahu bahawa ia adalah sejenis sayuran.

Berikut adalah gambar menu hidangan yang dimaksudkan:

Hidangan Istimewa


Gusar dengan bentuk sayuran tersebut, wanita tersebut memilih untuk tidak memakannya tetapi dia tetap menghabiskan dumpings yang ditempah. Dia memilih untuk mengambil gambar hidangan tersebut dan berkongsi di laman sosial. Perkongsiannya menarik minat netizen kerana menganggapnya adalah kelakar.

Setelah dikaji selidik, rupa-rupanya sayuran yang berbentuk zakar itu adalah terung Jepun. Pendedahan itu dibuat oleh pengurusan Qantas yang dipetik berkata “Menu yang diperkatakan itu sebenarnya ialah Dumplings Sayuran Masak Stim bersama Cuka Hitam Bercili dan Dressing Soya. Dumplings tersebut dihidangkan bersama Terung Jepun masak stim, yang biasa digunakan dalam hidangan makanan Asia. Berdasarkan gambar tersebut, kami mungkin menamakan menu ini sebagai Dumpling bersama Kejutan”, katanya secara berseloroh.

Sumber: Akhbar Australia



Komen BiruBiri: Dumplings tu obviously Nampak sedap…dan terung masak stim yang berbentuk macam dildo tu? Oo yeah…that would be a dream food for all the homos…right? LOL