Monday, December 12, 2016

Air - kenapa pentingnya anda berjimat

Pernah tak korang terpikir pasal kesusahan orang lain yang sukar nak dapatkan bekalan air bersih? Air merupakan anugerah Ilahi kepada manusia. Kita plak yang tinggal di Malaysia ni sangat2 beruntung sebab kadar hujan yg turun dalam setahun sgt la byk. Oleh itu Blog BiruBiri ingin mengajak anda dalam kempen Jimatkan Air yg ditaja oleh BiruBiri!


Manusia memerlukan air untuk makan, minum, membasuh pakaian dan bermacam-macam perkara lain. Tanpa air, tumbuh-tumbuhan akan layu dan mati. Bumi akan jadi kering kontang jika tiada tumbuhan.


Kempen jimat air - BiruBiri


Macam mana korang bleh menjimatkan air? OK ikutilah contoh cadangan dibawah yg aku jumpa kt sebuah website jabatan air. Cuba korang praktikkan amalan-amalan kat bawah ni nescaya xdelah pembaziran air.



Kat bawah ni plak aku kongsikan satu kempen dalam bentuk video yang berdurasi 40 saat yang ak jumpa kat Youtube. Dalam video ni ia menunjukkan seorang lelaki yang half-naked berbangsa India sedang berusaha mengepam air dari tangki/telaga air . Hmm...kalau peratikan betul2 biasa sangat kan kita tengok orang India pam air kt telaga air yang macam ni. Senang je nak pam air...just pam. Tak macam kt Malaysia kalau dulu-dulu nk kena ada gayung yang ikat kat tali pastu campak untuk ceduk air..then tarik air tu naik ke atas. Orang muda kebanyakkan sekarang dah jarang ade pengalaman macam nih. Ok sambung cerita pasal video kt bawah ni.

Lepas mamat ni punyalah bersusah payah pam air...sekali air langsung x nak keluar. Dah la cuaca panas terik hanya Tuhan je tau betapa azabnye. Kesudahan video ini adalah mengajak penonton untuk jimatkan air. So enjoy yourself by watch this video folks!


Video pendek kempen jimat air






Komen BiruBiri: Aku pernah x mandi time kat universiti dulu sebab takde air. Dah la time tu minggu exam. Perghh! Bangun tidur muka & rambut kusut pastu nak mandi xde air. Last2 gi je exam dengan selamba x mandi....:P

0 comments:

Post a Comment